Kerajaan konsisten bela hak, kebajikan wanita – Anwar

Kuala Lumpur, Mac.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kekal tegas dan konsisten dalam membela hak wanita di negara ini.

Bersempena Hari Wanita Antarabangsa yang disambut hari ini, Anwar dalam laman Facebook berkata, kerajaan juga akan memastikan kebijakan didirikan dalam menjamin setiap sudut hak wanita terus diperteguh.

“Selamat menyambut Hari Wanita kepada seluruh kaum wanita terutama di Malaysia.

“Hari besar ini disambut sebagai menghargai peranan dan tanggungjawab yang dimainkan golongan wanita dalam membangun tamadun dan masyarakat, selain memastikan kaum wanita diberi tempat yang selayaknya untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat yang mampan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here