Wanita perlu perkasa diri

Kuala Lumpur, Mac
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri menyeru wanita membawa perubahan positif dalam masyarakat dengan memperkasakan diri mereka.

Katanya, wanita tulang belakang masyarakat moden maka mesti melengkapkan diri dari segi kewangan dan pengetahuan mencukupi untuk memerangi dan menghapuskan semua bentuk penganiayaan dalam komuniti wanita.

Nancy secara peribadi mahu melihat wanita menjadi “rakyat yang berpengetahuan”.“Apabila semua wanita cukup pengetahuan, dia ada kuasa untuk bertindak dan tahu apa yang boleh dilakukan apabila sesuatu berlaku pada mereka atau dalam komuniti,” katanya dalam wawancara FMT.

Menteri itu berkata, setiap wanita perlu ambil inisiatif untuk mendapatkan maklumat mengenai hak mereka serta saluran yang ada untuk mereka melaporkan penganiayaan yang mungkin berlaku dalam komuniti.

Katanya, Skuad Waja yang ditubuhkan kementeriannya pada 2021 bertujuan memberikan wanita maklumat kritikal yang boleh membantu mereka untuk menjadi pelindung komuniti.

Mereka telah dilatih untuk membantu dalam komuniti. Jadi apabila sesuatu berlaku, mereka tahu siapa yang perlu dihubungi untuk membuat laporan.

Nancy berkata, antara Januari hingga Mei 2023, Jabatan Kebajikan Masyarakat mengendalikan sejumlah 2,959 kes penderaan fizikal, seksual, dan emosi kanak-kanak.

Daripada jumlah itu, 647 kes dilaporkan di Selangor, iaitu yang tertinggi, diikuti Sabah (333), dan Kuala Lumpur (326).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here