Kanak-kanak 12 tahun maut jatuh flat

Kuala Lumpur, Mac.
Seorang kanak-kanak lelaki ditemui maut selepas terjatuh dipercayai dari tingkat 12 di sebuah flat di Cheras, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Superintendan Ridzuan Khalid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 1.52 petang tadi.

“Pemeriksaan di lokasi menemui seorang kanak-kanak tempatan berusia 12 tahun dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri di atas rumput di bawah blok bangunan flat itu.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here