Pekerja asing alami masalah mental

Kuala Lumpur, Mac.
Pekerja asing yang ditipu untuk datang ke Malaysia diketahui mengalami masalah mental dan serangan jantung, kata seorang tokoh politik DAP yang aktif menangani kes-kes sedemikian.

Charles Santiago mendakwa, dalam beberapa kes, isu kesihatan mental disebabkan tekanan ini mendorong pendatang asing membunuh diri.

Bekas Ahli Parlimen Klang itu berkata, kebanyakan pekerja asing meminjam sejumlah besar wang di negara asal mereka, bersamaan kira-kira RM30,000, demi peluang mencari rezeki di luar negara dengan harapan dapat menyara keluarga.

Malah ada yang menggadaikan rumah mereka dan meminjam daripada peminjam tidak berlesen, tambahnya.

“Dan apabila mereka datang ke Malaysia, mereka sedar bahawa mereka tidak boleh membayar hutang kerana tiada pekerjaan. Tahap tekanan (dihadapi mereka) sangat tinggi, dan saya tidak

salahkan mereka kerana berasa seperti ini,” katanya kepada FMT.

Santiago mengulas laporan baru-baru ini mengenai seorang lelaki Bangladesh yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Sepang ketika cuba pulang ke negara asalnya, enam bulan selepas ditipu agar datang ke Malaysia untuk pekerjaan yang tidak wujud.

Shofiqul Islam, 33, juga hidup dalam keadaan serba kekurangan, selain pasportnya ditahan oleh syarikat yang dikatakan membawanya masuk ke negara ini.

Sebelum kematiannya, Shofiqul dan 13 pekerja asing lain mendapatkan bantuan guaman daripada Jabatan Tenaga Kerja, tetapi diberitahu tiada apa yang dapat dilakukan kerana syarikat terbabit berpangkalan di Johor Bahru.

Mengulas mengenai amalan beberapa syarikat yang menyimpan pasport pekerja asing, Santiago berkata, syarikat-syarikat itu berbuat demikian untuk mengelakkan pekerjanya daripada mendapatkan pekerjaan lain.

Beliau mendakwa, dalam beberapa kes, pihak syarikat mengenakan bayaran yang tinggi kepada pekerja-pekerja asing – antara RM2,000 hingga RM4,000 – agar pasport mereka dapat dikembalikan.

Santiago mempersoalkan komitmen Jabatan Tenaga Kerja dalam membantu Shofiqul dan 13 pekerja asing yang lain itu menyelesaikan masalah mereka dengan berkata, tiada peraturan yang menghalang mereka mengendalikan kes di negeri lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here