Kuala Lumpur, Mac.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyangkal sekeras-kerasnya laporan terbaharu Human Rights Watch (HRW) yang mendakwa kumpulan pelarian di dalam pusat tahanan Imigresen menerima layanan buruk sehingga mengakibatkan kematian.
Memberitahu Dewan Rakyat hari ini, Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bukan sahaja kematian, bahkan kesesakan juga tidak berlaku di 20 Depot Imigresen di seluruh negara seperti yang didakwa dalam laporan berkenaan,katanya pada waktu
Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Selasa.




















