Johor Bahru Pergaduhan membabitkan juruwang di kaunter sebuah premis perniagaan dengan seorang pelanggan wanita, dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek yang mendakwa menunggu terlalu lama.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata pihaknya menerima laporan polis dibuat juruwang terbabit yang ditumbuk dan suspek yang melakukan tindakan itu.
Katanya, pada jam 6.32 petang kelmarin, mangsa berusia 25 tahun membuat laporan polis mendakwa mengalami kecederaan sakit dan bengkak di bahagian bawah mata akibat ditumbuk suspek.
“Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku pada jam 3.17 petang kelmarin di sebuah premis dalam pusat beli-belah di Johor Bahru.





















