Harimau belang lintas jalan

Mersing, Mac.
Tiga harimau belang dilihat melintas jalan berhampiran Ladang Mados, Lenggor, di sini malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.50 malam, seorang pengguna jalan merakam video kelibat tiga harimau belang berkenaan yang melintas jalan sebelum menuju ke kawasan hutan di situ.

Pengarah PERHILITAN Johor, Aminuddin Amin, berkata kakitangan agensi itu sudah dihantar ke lokasi berkenaan bagi membuat siasatan selepas video kelibat tiga harimau belang itu Tular sejak malam tadi.

Bagaimanapun, Aminuddin mengesahkan kawasan berkenaan adalah habitat semulajadi pelbagai spesis hidupan liar termasuk harimau belang berikutan lokasinya berhampiran Hutan Simpan Mersing.

Walaupun lokasi berkenaan jauh dari kawasan penempatan manusia, pihaknya akan memantau supaya populasi harimau belang itu tidak tersesat dan memasuki kawasan penempatan awam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here