Bekalan beras mencukupi untuk 5 bulan

Shah Alam, Apr.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan beras di pasaran ketika ini mencukupi untuk keperluan rakyat bagi tempoh 5.48 bulan.

Kementerian itu memaklumkan, stok fizikal beras negara setakat ini sebanyak 1.097 juta tan metrik termasuk 290,000 tan metrik stok penimbal beras.

“Bagi maksud keterjaminan bekalan beras negara, jumlah tersebut stabil serta mampu menampung keperluan untuk tempoh 5.48 bulan.

“Tambahan pula, jumlah stok fizikal beras negara berbanding jumlah penduduk antara yang tertinggi dan terjamin di rantau ini,” menurut kementerian itu dalam kenyataan pada Isnin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here