Kuala Lumpur, Mac
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan daripada pengawal keselamatan berusia 30-an itu semalam berkaitan penemuan bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana pada 8 pagi.
berkata pemeriksaan polis mendapati bagasi itu berisi wang kertas RM10, RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000 dan dipercayai tulen.
Bagaimanapun, polis akan mendapatkan pengesahan daripada Bank Negara.