Azmin dilantik Ketua Pembangkang Selangor

Shah Alam, Sep 19
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Pengumuman mengenai lantikan itu dibuat Yang Dipertua DUN, Lau Weng San sejurus majlis angkat sumpah 56 ADUN selesai pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15 hari ini.

“Saya dengan ini memasyhurkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, ADUN Hulu Kelang sebagai ketua pembangkang.

“Diharapkan ketua pembangkang yang dilantik ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya,” katanya mengesahkan menerima surat pencalonan itu daripada Perikatan Nasional (PN) pada 15 September lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here