Guna kad bank rompak, beli 4 peket rempah kari

Kuala Lumpur, Mac.
Seorang pekerja besi buruk dihukum penjara enam tahun dan juga satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, kerana merompak seorang wanita warga Jepun.

Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu ke atas C. Selvam, 35, selepas tertuduh mengaku bersalah bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, merompak sebuah beg milik mangsa yang mengandungi kad bank, pasport, telefon bimbit dan wang tunai RM100 di kaki lima Lorong Pudu 14, Bukit Bintang, di sini, pada jam 7.10 pagi 4 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintahkan Selvam menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan pada 13 Mac lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here