Warga emas rugi RM3.46 juta terpedaya pelaburan forex

Kuala Lumpur, Mac.
Wanita warga emas kerugian RM3.46 juta akibat terpedaya skim pelaburan pertukaran mata wang asing (forex) yang kononnya menjanjikan pulangan tinggi.

Ketua Polis Nilai, Abdul Malik Hasim, berkata mangsa membuat 60 transaksi ke pelbagai akaun selepas menerima satu pesanan ringkas daripada nombor telefon tidak dikenali pada 22 Jan, menawarkan skim itu.

“Pengadu kemudian menyedari ditipu setelah membuat semakan ke atas laman web pelaburan tersebut dan didapati tidak wujud,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, polis menerima laporan penipuan daripada mangsa berusia 60-an, semalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here