59 warga asing ditahan di Kepong

Kuala Lumpur, Mac.
Seramai 59 pendatang tanpa izin (PATI) termasuk 22 wanita ditahan dalam ‘Ops Sapu’ Jabatan Imigresen ke atas 22 unit kediaman di sebuah apartment di Kepong, awal pagi ini.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff, berkata semua warga asing yang diberkas terdiri daripada warga Myanmar, Indonesia, India dan Nepal, ditahan atas kesalahan tinggal lebih masa dan tiada dokumen perjalanan yang sah.

“Penahanan semua pendatang tanpa izin itu adalah hasil risikan selama dua minggu berdasarkan aduan penduduk setempat,” katanya ditemui selepas operasi berkenaan di sini.

Wan Mohammed Saupee berkata sebanyak 25 saman turut dikeluarkan kepada pemilik premis kerana disyaki melindungi dan membenarkan pendatang tanpa izin menyewa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here