Kerajaan kaji caj kesesakan trafik KL

Kuala Lumpur, Feb-
Kerajaan sedang meneliti untuk mengenakan caj kesesakan bagi mengurangkan jumlah kenderaan memasuki pusat bandar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Caj kesesakan adalah bayaran dikenakan ke atas pemandu untuk masuk ke bandar.Zaliha berkata, insiatif itu dipertimbangkan dalam Pelan Induk Trafik Kuala Lumpur 2040 untuk mengurangkan kesesakan waktu puncak.

“Caj kesesakan adalah antara strategi sedang dipertimbangkan untuk menguruskan trafik. Kami sedang mengkaji dengan teliti bagaimana ia akan memberi kesan kepada pengguna jalan raya dan sistem pengangkutan awam,” katanya di Dewan Rakyat.

Katanya, kesesakan lalu lintas memberi kerugian ekonomi RM20 bilion setahun dan menambah baik pengangkutan awam menjadi kunci menyelesaikan isu kesesakan.

“Matlamatnya bukan untuk membebankan rakyat, tetapi bagi menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya lebih lancar dan cekap kepada semua.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here