Mitra kini kembali di bawah JPM

Putrajaya, Apr.
Jemaah Menteri memutuskan untuk meletakkan Unit Transformasi Masyarakat India (Mitra) kembali di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata perkara itu diputuskan secara bersama oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang. Pada Disember lalu, Mitra diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara.

Mitra pada asalnya dikenali sebagai unit khas Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India atau SEDIC. Ia berada di bawah JPM sebelum dijenamakan semula sebagai Mitra pada 2018 dan diletak di bawah Kementerian Perpaduan Negara. Pada Sept 2022, pentadbiran Ismail Sabri mengembalikan Mitra di bawah seliaan JPM.

Bagaimanapun, pada Disember tahun lalu, Anwar mengumumkan Mitra diletakkan kembali di bawah Kementerian Perpaduan Negara, tetapi beliau akan terus memantau unit khas itu.

Kementerian Perpaduan Negara menerima kritikan selepas mengambil alih pengurusan Mitra, dengan tiga kumpulan India menggesa Aaron meletak jawatan selepas menteri itu dilaporkan sebagai berkata “tidak tahu apa tujuan Mitra”.

Aaron juga menafikan dana Mitra dikawal oleh Pemandu, satu unit pengurusan prestasi dan penyampaian di JPM.

Katanya, Pemandu hanya ditugaskan menjalankan bengkel dan kajian untuk membantu perancangan strategik bagi Mitra dan rangka tindakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here