Bakar kemarahan guna sentimen agama tak untung -Nik Nazmi

Kuala Lumpur, Apr.
Seorang pemimpin PKR menasihatkan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh supaya berhenti menggunakan isu stoking kalimah Allah untuk memperkenalkan diri ke medan politik yang tidak akan bertahan lama.

Naib Presiden Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa sikap exco Melaka itu didakwa telah mengundang reaksi agresif segelintir pihak yang membuat serangan bom petrol terhadap tiga premis serbaneka KK Mart.

Menurutnya, menggunakan sentimen agama untuk membakar kemarahan dan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakyat adalah tindakan tidak menguntungkan.

“Nasihat saya kepada Akmal selaku mantan ketua pemuda parti (PKR), keinginan memperkenalkan diri ke medan politik dengan isu seperti ini tidak akan bertahan lama.“Carilah isu yang benar-benar kritikal dan menguntungkan rakyat. Islam agama yang menjunjung keadilan, namun turut menekankan sikap rahmah,” katanya dalam kenyataan.

Nik Nazmi yang juga menteri sumber asli dan kelestarian alam mengakui tindakan KK Mart telah mengguris hati umat Islam namun tindakan telah diambil termasuk mendakwa mereka terbabit selain mengemukakan permohonan maaf

“Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah kepada semua pihak perlu berhenti mengambil kesempatan ke atas isu stoking tertera kalimah Allah kerana perkara itu sudah dalam proses perundangan.

“Sepatutnya Akmal menghayati titah Yang di-Pertuan Agong dan berhenti menggunakan isu ini sebagai modal politik,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here