Berang kerana jari digigit – Bayi dicederakan !

Jempol, Apr.
Seorang kanak-kanak berusia 28 bulan mengalami kecederaan fizikal di bibir dan lengan dipercayai dilakukan teman lelaki kepada ibu mangsa.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata mangsa sebelum itu dibawa suspek berusia 35 tahun ke sebuah pasar raya di Bahau pada jam 8.30 malam tadi, bagi membeli barang keperluan tanpa ditemani ibu mangsa.

Katanya, apabila mangsa dihantar pulang suspek pada jam 10.10 malam, nenek mangsa mendapati cucunya dalam keadaan menangis sebelum membuat pemeriksaan ke atas cucunya itu.

“Nenek berusia 66 tahun itu mendapati kesan luka pada bibir, kesan merah pada kedua-dua belah telinga, kesan lebam pada lengan kiri dan mengesyaki mangsa dicederakan.” Nenek mangsa cuba menghubungi anaknya bagi bertanyakan apa yang berlaku namun gagal. Justeru, nenek membuat laporan polis pada jam 12.10 tengah malam tadi di Balai Polis Bahau,” katanya hari ini.

Chang Hook berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Jempol bagi menjalani pemeriksaan dan doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan luka pada gegendang telinga kiri, lebam pada kedua-dua telinga, luka pada bibir bawah serta lebam pada muka dan lengan kiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here