Kuala Lumpur, Apr.
Sepasang suami isteri ditahan polis di Keningau semalam kerana disyaki mendera dua kanak-kanak lelaki berusia lima dan 13 tahun .
Mereka didakwa mendera kedua-dua mangsa menggunakan seterika, batang besi, sudu panas dan air panas hingga menyebabkan badan luka dan melecur.
Ketua Polis Keningau, Yampil Anak Garai, berkata kejadian disedari oleh seorang lelaki berusia 27 tahun ketika didatangi mangsa berusia 13 tahun yang menjual burger di sebuah premis, kira-kira 12 tengah hari, pada 2 April lalu.
“Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek adalah peniaga burger,” katanya ketika dihubungi, menurut Berita Harian.
Beliau berkata siasatan lanjut pihaknya mendapati seorang lagi mangsa lelaki berusia lima tahun turut didera oleh kedua-dua suspek.
“Mangsa berusia 13 tahun itu adalah anak tiri kepada suspek wanita manakala seorang lagi anak angkat kedua-dua suspek. Mereka dipercayai didera di rumah sewa suspek antara 24 Mac hingga 30 Mac lalu.
Menurutnya, mangsa terbabit turut dipukul dengan kayu dan besi manakala seorang lagi disiram dengan air panas di lantai selain dipaksa berdiri atas air panas hingga kaki melecur.




















