Kanak-kanak 3 tahun mati strok haba

Kuala Lumpur, Apr.
Satu kes kematian baharu akibat strok haba dilaporkan berlaku minggu ini menjadikan kes kematian berkaitan cuaca panas kepada dua orang, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Berdasarkan laporan ringkas status cuaca panas oleh Nadma semalam, kematian baharu pada 1 April itu melibatkan kanak-kanak berusia tiga tahun di Kelantan.
Kematian pertama melibatkan individu berumur 22 tahun di Pahang pada 2 Feb lepas.

“Pemantauan sehingga 3 April mendapati jumlah kes kumulatif bagi penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 37 kes dengan pecahan 10 kes strok haba, kes kelesuan haba (26 kes) dan kes kejang haba (satu kes).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here