Isu logo didakwa mirip kalimah Allah – Pengasas Vern’s mohon maaf

Putrajaya, Apr
Vern’s Holding Sdn Bhd (Vern’s) mengakui isu penjualan kasut tertera logo didakwa mirip kalimah Allah sebagai pengajaran yang tidak ternilai untuk syarikat itu lebih berhati-hati selepas ini.

Pengasasnya, Ng Chuan Hoo ketika ditemui media selepas hadir memberi keterangan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di sini hari ini, mengakui beliau faham isu itu tidak menggembirakan dan mengguris hati umat Islam di negara ini.

Sambil menundukkan kepala, Chuan Hoo yang mahu dikenali sebagai Ah Foo memohon maaf kepada seluruh umat Islam susulan isu yang berlaku.

“Saya faham, (isu ini) tak menggebirakan umat Islam dan JAKIM sudah beri tunjuk ajar. Saya sedia memberi kerjasama penuh dan penjelasan kepada pihak berkuasa,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here