Warga Israel tidak mengaku salah memiliki enam pistol dan peluru

Kuala Lumpur, Apr.
Avitan Shalom, lelaki warga Israel dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas dakwaan memiliki enam pistol jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 158 peluru, pada Mac lalu.

Lelaki yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis itu, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

“Saya faham tuduhan, tidak bersalah,” katanya ringkas.

Mengikut pertuduhan, Shalom, 38 didakwa memiliki enam senjata api dan peluru berkenaan pada 26 hingga 28 Mac lalu di Hotel Four Seasons, di sini.Tertuduh menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat), yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

Shalom dibawa masuk ke bilik mahkamah pada jam 9.30 pagi dan dikawal ketat empat anggota polis memakai penutup muka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here