Lelaki parah dipijak gajah

Gerik, Apr

Lelaki parah dipijak gajah di Batu 11 dekat Tugu Peringatan, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di sini, malam tadi.

Kejadian disahkan PERHILITAN Perak yang memaklumkan kejadian pada 7 malam, dengan mangsa yang berasal dari Felda Bersia, di sini mengalami patah rusuk, tulang kaki kiri dan pendarahan kepala.

Pengarah PERHILITAN Perak, Yusoff Shariff berkata, kejadian berlaku dipercayai ketika mangsa berada berhampiran sungai untuk membuang air.

“Mangsa dikatakan mengalami cirit-birit dan pergi ke kawasan sungai, namun ketika itu sudah sudah senja iaitu sekitar jam 7 malam.

“Berdasarkan maklumat diterima, ketika kejadian terdapat 12 orang berhampiran tempat kejadian tetapi cuma dia seorang sahaja yang kena (diserang gajah), disebabkan dia sahaja yang ke sungai,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mangsa dirujuk ke Hospital Gerik sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here