Kapal terbakar, 12 kru diselamatkan

Johor Bahru, Apr.
Kapal MT Layar Anggun 8 berdaftar dari Tanzania terbakar dan hanyut pada jam 3.30 petang Selasa lalu, 5.6 batu nautika tenggara Pulau Lima, Mersing.

Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru mengatur gerak sebuah kapal dan bot ronda ke lokasi kejadian namun kapal berkenaan tiada di lokasi.

Pada jam 4.30 petang, MRSC Johor Bahru menerima pengesahan kapal MT Layar Anggun 8 hanyut memasuki perairan Pulau Bintan, Indonesia.

Semua 12 kru diselamatkan pihak berkuasa Singapura pada 9.5 batu nautika timur Tanjung Punggai, Johor dalam laut wilayah Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here