TLDM dedah 10 nama mangsa nahas helikopter

Kuala Lumpur: Pegawai Memerintah Skuadron 502 dan Skuadron 503 adalah antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumur, Perak pagi tadi.

TLDM dalam kenyataan berkata, mereka ialah Allahyarham Komander Muhammad Firdaus Ramli dan Komander Muhamad Amir Mohamad.

Katanya, dua pegawai berpangkat Leftenan Komander turut terkorban, masing-masing Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin dan Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi.

“Selain itu, mangsa yang terkorban ialah mendiang Leftenan T.Sivasutan; Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

“Nahas turut mengorbankan tiga penumpang, masing-masing Pegawai Waran II TNL, Noorfarahimi Mohd Saedy; Bintara Muda TNL, Noor Rahiza Anuar; Laskar Kelas I JJM, Joanna Felicia anak Rohna,” katanya, hari ini.Dalam pada itu, TLDM turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, selain memaklumkan pengurusan jenazah akan dilaksanakan dalam masa terdekat mengikut tradisi tentera laut.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan nahas dua helikopter TLDM bertembung ketika raptai lintas hormat sempena Sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada jam 9.03 pagi tadi.

Nahas itu mengorbankan 10 mangsa, masing-masing tujuh kru dan tiga penumpang dua helikopter jenis HOM-AW139 dan Fennec yang berlepas dari Padang Sitiawan, Perak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here