Kastam beli 20 anjing pengesan dadah RM1.9 juta

Nilai, April.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas “backscatter” bagi memastikan usaha membanteras penyeludupan dadah di negara ini lebih efektif.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Sazali Mohamad, berkata pihaknya akan menerima anjing pengesan iaitu jenis Labrador dan German Shepherd melibatkan kos RM1.9 juta, Jun ini.

“Ketika ini kastam mempunyai 20 anjing pengesan dadah, perolehan baharu ini juga 20 ekor akan diletakkan di setiap negeri. Bagi kos mesin backscatter itu saya tidak mempunyai maklumat terperinci.

“Kita juga sedang mengkaji sistem pengesan diguna pakai seperti di Korea Selatan kerana di sana ada sistem saringan canggih dan kita harap sistem digunakan itu nanti ialah mesin pengimbas yang mempunyai keupayaan kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan dadah,” katanya pada sidang media di Cawangan Narkotik Kastam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here