Tiada bukti lonjakan penyakit pernafasan memerlukan kebimbangan global

Kuala Lumpur, Dis 06.
Tiada bukti kemunculan patogen luar biasa yang mengakibatkan lonjakan penyakit berkaitan pernafasan hingga menuntut kebimbangan dan tindakan global termasuk di Malaysia.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Azizan Abdul Aziz, berkata lonjakan kes penyakit berkaitan pernafasan yang dialami banyak negara ketika ini, berlaku selepas sekatan COVID-19 dilonggarkan dan situasi ini turut berlaku di China.

Katanya, lonjakan kes di China adalah berkaitan jangkitan bakteria biasa, yang kebiasaannya memberi kesan kepada kelompok yang lebih muda seperti kanak-kanak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here