Gaji penjawat awam naik lebih 13%

Putrajaya, Mei.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13% bermula 1 Disember ini.

Katanya, kenaikan itu paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding sebelum ini.

“Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini adalah 13% dan tahun ini saya akan umum kenaikan itu lebih tinggi daripada 13%.

“Kita akan laksanakan kenaikan mulai 1 Dis tahun ini sebab saya sudah berjanji,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan bertemakan ‘Pekerja Kesuma Bangsa’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pendapatan minimum penjawat awam merangkumi gaji dan elaun tetap perlu melebihi RM2,000 sebulan bermula tahun ini.

Perdana Menteri, mengakui jumlah pendapatan menyeluruh paling minimum yang diterima sebelum ini iaitu RM1,765 adalah tidak munasabah.

“Saya setuju jumlah yang diterima sebelum ini tidak munasabah. Oleh itu tahun ini penjawat awam melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kita gunakan kriteria dan ukuran baharu iaitu pendapatan menyeluruh termasuk gaji dan elaun tetap mesti lebih daripada RM2,000.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here