Warga asing rentung di rumah pekerja

Seremban, Sep.27
Seorang warga asing ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah pekerja di tingkat tiga rumah kedai dekat Dataran Millenia, Lobak, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Seremban, Arifai Tarawe, berkata rakan serumah mangsa yang juga warga asing berusia 45 tahun diselamatkan bomba dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu. Katanya, siasatan awal mendapati lelaki berusia 50 tahun itu ialah pekerja di Pasar Besar Seremban.

Pemeriksaan pada tubuh mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah.

Bedah siasat dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar dan punca kematian disahkan akibat tersedut asap. Kes diklasifikasikan mati mengejut, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here