Kuala Lumpur, May.
Fenomena El Nino, atau cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini, dijangka berterusan sehingga Julai.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, mengikut trend biasa, cuaca panas yang melanda negara sepatutnya sudah berakhir, digantikan dengan hujan.
“Ikut trend biasa, berdasarkan laporan diterima, sepatutnya (cuaca panas) sudah mula beralih dan hujan akan datang, namun keadaan ini mungkin (berterusan) sebulan atau dua bulan lagi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan memantau perkara ini.
“Justeru, kita juga akan memantau dan berjaga-jaga tentang jerebu dalam negara dan rentas sempadan. Kita juga melihat beberapa kesan kebakaran membabitkan tanah gambut,” katanya pada sidang media .





















