8 kenderaan langgar – Pemandu bas parah

Alor Gajah, Jan-
Seorang pemandu bas ekspres cedera parah akibat tersepit, manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Alor Gajah (SPA) berhampiran persimpangan Pusat Simpanan Kenderaan Berat Gangsa, di sini, pada pagi Rabu.

Kejadian jam 10.38 pagi itu, melibatkan seramai 15 mangsa terdiri daripada 13 lelaki dan dua wanita melibatkan 24 anggota dan pegawai dari tiga balai termasuk Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Bukit Katil dan Jasin Bestari.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Mohd Pisar Aziz, berkata, sebaik tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian pasukan bomba mendapati kemalangan membabitkan sebuah bas, dua kenderaan pacuan empat roda, tiga lori, kereta Perodua Myvi dan kenderaan utiliti sukan(SUV) Honda HRV.

“Berdasarkan maklumat terdapat 15 orang mangsa dan seorang daripada mereka parah iaitu pemandu bas.

“Manakala lapan lagi cedera ringan dan enam selamat telah dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut dengan kenderaan EMRS Jabatan Bomba dan Penyelamat dan juga ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here