Kereta jatuh cerun di LPT1 – 3 nyaris maut

Kuantan, Mei.
Tiga termasuk dua wanita nyaris maut selepas kereta dinaiki terbabas dan terjatuh ke dalam cerun sedalam tiga meter di Kilometer 212 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) di sini pada tengah malam Jumaat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 11.42 malam.

Menurutnya, sembilan anggota termasuk dua pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas ke lokasi untuk operasi menyelamat.

“Ketika tiba di lokasi pasukan bomba terlibat mendapati sebuah kereta jenis Proton Persona terbabas dan jatuh cerun sedalam tiga meter.”Seorang lelaki dilaporkan parah manakala dua wanita cedera dalam kemalangan itu,” katanya.

Zulfadli berkata, semua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here