Masak di stesen minyak, 4 mengaku salah didenda RM500 seorang

Bentong, May-
“Tak tahu ke bahaya masak di stesen minyak kemudian muat naik di media sosial pula,” soal Majistret Nadratun Naiem Zainan di Mahkamah Bentong di sini pada Selasa.

Beliau berkata sedemikian terhadap seorang peniaga kedai makan iaitu Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran, 24; Nurfatin Irdina Shahrulnizam (pegawai khidmat pelanggan), 24; Nur Anis Salleh (pembantu pergigian), 24 dan Nur Azira Azman (ejen hartanah), 23, selepas masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak di Genting Highlands pada 12 Mei lalu.

Video itu tular di media sosial baru-baru ini dan mendapat kecaman netizen yang berang dengan tindakan mereka yang memasak di kawasan berisiko seperti stesen minyak.

Nadratun turut mempersoalkan bagaimana timbulnya idea memasak di kawasan terbabit.

Nurfatin memberitahu perbuatan itu dilakukan secara rawak dan memberikan alasan lapar selain mereka kesemua mengakui kesilapan yang dilakukan.

Fadhli juga mengakui mereka merancang untuk memasak di tempat lain tapi sudah penuh dan mendakwa kawasan memasak ketika itu jauh dari nozel minyak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here