Dibina secara tidak sah : Kuil Sri Maha Mariamman perlu pindah !

Dibina secara tidak sah atas tanah milik syarikat!
Kuil Sri Maha Mariamman perlu pindah

Kulim, Mei.
Kerajaan Kedah menegaskan ia tidak akan merobohkan mana-mana rumah ibadat di negeri ini tanpa alasan munasabah.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India dan Siam negeri, Wong Chia Zhen, menegaskan ia termasuk isu kuil Sri Maha Mariamman di Sungai Seluang, Kulim, yang perlu dipindahkan berikutan dibina atas tanah ladang kelapa sawit yang pada mulanya dimiliki Sime Darby.

Katanya, atas kepentingan awam, tanah itu dijual kepada kerajaan negeri dan kini akan mula dibangunkan untuk Fasa Empat Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP).”Saya difahamkan bahawa status tanah kuil ini dari dulu adalah tidak sah dari segi undang-undang. Jadi untuk membantu memperbaiki keadaan, Pejabat Daerah dan Tanah Kulim (PDTK), Kulim Technology Park Corporation (KTPC) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Khairul Anuar Ramli, telah memulakan perbincangan dengan pengurusan kuil untuk mencapai satu kesepakatan sejak dua tahun lalu.

“Kerajaan negeri mencadangkan supaya kuil ini dipindah ke satu tempat dan diberikan status sah selepas itu, pihak pengurusan kuil pun setuju dengan cadangan tersebut memandangkan status tanah sekarang adalah tidak sah dan berharap perkara ini boleh diselesaikan untuk kepentingan penganutnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here