Perkhidmatan trem percuma di Putrajaya hingga Julai

Putrajaya, Mei-
Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan (MoT) sedang melaksanakan tempoh percubaan operasi Kenderaan Transit Aliran Automatik (ART) atau trem tanpa landasan, bermula 13 Mei lalu hingga 31 Julai depan.

Projek rintis di Putrajaya itu adalah usaha PPj mengetengahkan ART sebagai satu daripada mod pengangkutan yang boleh melengkapkan rangkaian sistem sedia ada.

Sekiranya semua berjalan lancar, perkhidmatan trem itu dijangka bermula akhir tahun ini.

Jurutera di Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan Bahagian Trafik Dan Pengangkutan Awam PPj, Muhammad Masrizal Saad, berkata dua laluan diperkenalkan sempena tempoh percubaan berkenaan, iaitu Laluan 1 yang akan beroperasi Isnin hingga Jumaat dan Laluan 2 Sabtu dan Ahad saja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here