Letupan kilang kimia – 32 cedera!

Klang, Jan-
Polis mengesahkan sebanyak 32 individu cedera dalam kejadian letupan di kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula di Taman Perindustrian Kapar Indah, Klang petang semalam.

Ketua Polis Klang Utara S. Vijaya Rao berkata individu yang tercedera berusia antara 20 hingga 40 tahun dan berada di sekitar lokasi terbabit semasa letupan berlaku.

“Semua mereka yang merupakan warga tempatan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang dengan tiada kecederaan serius dilaporkan.

“Mereka juga telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di hospital itu,” katanya .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here