PRK Sungai Bakap: 6 Julai

Putrajaya, Jun-
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang diadakan pada 6 Julai depan berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dr Azmi Sharom berkata, penamaan calon pula ditetapkan pada 22 Jun.

Dengan itu, tempoh berkempen adalah selama 14 hari bermula penamaan calon sehingga jam 11.59 malam 5 Julai.

“Bagi maksud menjalankan PRK DUN N20 Sungai Bakap, SPR menetapkan hari undi awal pada 2 Julai,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat urusan PRK Sungai Bakap di sini pada Khamis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here