PARALIMPIK TOKYO: TERLEPAS PINGAT EMAS DENGAN MELAKAR REKOD DUNIA

Kuala Lumpur, Sept 1-

Rayuan terhadap penarikan semula pingat emas yang dimenangi atlet lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli di Paralimpik Tokyo semalam ditolak.

Olahraga Para Dunia dalam satu kenyataan berkata, rayuan ketiga-tiga atlet iaitu Ziyad serta dua atlet Ecuador dan Australia yang beraksi dalam acara final F20 semalam ditolak oleh juri rayuan Olahraga Para Dunia.

“Keputusan ini adalah berdasarkan kepada Peraturan 5.5 Olahraga Para Dunia – ‘Gagal melaporkan diri ke Call Room’ yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir ke ‘Call Room’ pada waktu yang sesuai seperti yang ditetapkan dalam jadual Call Room.

“Berdasarkan peraturan ini, atlet dibenarkan untuk bertanding di bawah status protes ketika pengadil mempertimbangkan semua bukti mengapa atlet terlambat ke Call Room.

“Selepas mempertimbangkan bukti itu, pengadil memutuskan bahawa tidak ada alasan yang tepat untuk kegagalan atlet melaporkan diri ke Call Room tepat pada waktunya.

“Atlet mengemukakan keputusan ini kepada juri rayuan, yang memberi peluang kepada pasukan untuk menyampaikan semua maklumat yang relevan sebelum membuat keputusan akhir. Juri rayuan mempertahankan keputusan pengadil dan mengesahkan keputusan atlet terbabit sebagai DNS,” katanya.

Terdahulu pada aksi di Stadium Olimpik semalam, Ziyad mencetuskan kegembiraan buat kontinjen negara apabila mengungguli acara berkenaan dengan melakar rekod dunia 17.94m sekali gus memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri 17.29m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.

Demikian status terbaru jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli di media sosial miliknya selepas penyertaannya di Paralimpik Tokyo dalam kategori F20 dibatalkan.

“saya meminta maaf pada semua rakyat Malaysia, terima kasih memberi sokongan pada saya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here