Pertimbang semula PJD Link

Petaling Jaya, Apr.
Kumpulan penduduk di Petaling Jaya menyeru kerajaan pertimbang semula keputusan membatalkan projek Lebuh Raya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link).

Razali Abdullah, wakil dari Taman Medan, berkata pembangunan itu penting bagi mengurangkan kesesakan jalan raya di komuniti mereka.

“Sebab-sebabnya agak jelas bila anda perhati Taman Medan, yang berdepan kesesakan lalu lintas,” katanya pada sidang akhbar.

Beliau berkata pertambahan bangunan dan pangsapuri di kawasan itu menyebabkan kepadatan penduduk yang lebih tinggi.

Pada minggu lalu, selepas kerajaan mengumumkan ia tidak akan meneruskan projek itu, pemaju PJD Link berkata ia mempertimbangkan permintaan untuk mengkaji semula jajaran lebuh raya itu.

Pada 17 April, jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, berkata keputusan itu dibuat selepas pemegang konsesi gagal memenuhi enam daripada 11 syarat yang ditetapkan oleh Putrajaya.

Bagaimanapun, PJD Link berkata syarat yang tidak dipenuhi itu disebabkan projek tersebut yang kompleks, dan mengambil masa lebih lama dari yang dijangka untuk diselesaikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here