Covid-19 kes 18,688; merekodkan 360 kematian

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan rekod tertinggi 360 kematian, walaupun jumlah jangkitan harian Covid-19 berkurangan kepada 18,688 kes dalam tempoh 24 jam lalu. Rekod terdahulu ialah 257 kematian yang dicatatkan 4 Ogos lalu.

KKM hari ini turut melaporkan rekod tertinggi 17,055 pesakit pulih, menjadikan keseluruhan 1,026,398 daripada 1,262,540 pesakit Covid-19 sudah pulih, manakala 10,749 orang meninggal dunia akibat jangkitan itu. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 225,393 kes aktif, dengan 571 daripada 1,095 pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 6,565 kes. Katanya, lima lagi negeri dan Wilayah Persekutuan mencatatkan lebih 1,000 kes, iaitu Kuala Lumpur (1,883), Kedah (1,610), Sabah (1,379), Johor (1,308) dan Negeri Sembilan (1,140). Ia diikuti Kelantan (870), Perak (861), Pulau Pinang (694), Pahang (602), Terengganu (598), Sarawak (581), Melaka (526), Putrajaya (63), Perlis (enam) dan Labuan (dua).

Jumlah kes di Kedah dan Sabah ialah yang tertinggi setakat ini, dengan rekod terdahulu masing-masing ialah 1,514 kes semalam dan 1,291 kes kelmarin. Daripada jumlah kes baharu itu, Hisham berkata, 10 ialah kes import dan baki 18,678 kes penularan tempatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here