Ipoh, Jun-
Seorang lelaki maut dipercayai dibunuh dalam pergaduhan sebelum mayatnya ditemukan dalam keadaan bogel dalam kejadian di Laluan Perusahaan Klebang 1 depan sebuah kilang di Klebang di sini, tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata polis menerima maklumat kira-kira jam 12.20 tengah malam tadi itu daripada orang awam mengenai pergaduhan yang berlaku sehingga menyebabkan kematian seorang individu.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut oleh polis terhadap badan mangsa menemui kesan luka pada dada, telinga dan kaki mangsa termasuk disebabkan tikaman.
“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati lelaki itu ditemui dalam keadaan bogel di tepi jalan dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri padanya. Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan luka pada bahagian dada, telinga dan kaki mangsa.