ISU BERPANJANGAN SAMPAH SARAP BUKIT PELANDUK BOLEHKAH KERAJAAN AMBIL TINDAKAN SEWAJAR

Cua, Sep.2
Ketiadaan tempat yang kekal untuk pembuangan sampah di Bukit Pelanduk menjadi masalah berpanjangan kepada penduduk kawasan tersebut.
Seorang penduduk dikawasan ini, En Balasubramaniam berkata demikian bagi pihak penduduk setempat bahawa penghuni disini  sudah lama menunggu untuk tindakan sewajar dari pihak berkuasa tempatan. Tetapi masih tidak ada penyelesaian yang sewajarnya. Oleh kerana tiada tempat khas untuk pembuangan sampah, penduduk Bukit Pelanduk mengambil tindakan yang tak bertangungjawab seperti membuang sampah di tepi jalan dan sebagainya. Oleh sebab tidak mempunyai kawasan yang khas untuk pembuangan sampah, penduduk menunjukkan rasa tidak senang hati. Jadi beliau meminta kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Port Dickson harus mengambil tindakan berhubung masalah ini secepat mungkin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here