LTTE: Tiga Mahkamah Tinggi Dengar Hujah Berhubung Seksyen 13 SOSMA

KUALA LUMPUR –

Tiga Mahkamah Tinggi yang mendengar kes tiga tertuduh termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas LTTE akan memutuskan sama ada ketiga-tiganya terikat dengan satu keputusan Mahkamah Tinggi berasingan.

Keputusan sebelum ini mendapati Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berhubung isu jaminan adalah tidak berpelembagaan.

Ketiga-tiga Mahkamah Tinggi itu akan mendengar hujah daripada peguam dan Timbalan Pendakwa Raya sebelum membuat keputusan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menetapkan 24 Jan untuk mendengar hujahan sementara Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin dan Hakim Collin Lawrence Sequerah masing-masing menetapkan 23 Jan ini.

Ketiga-tiga Mahkamah Tinggi itu sebelum ini menetapkan hari ini untuk mendengar permohonan jaminan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya P. Gunasekaren, 60, ADUN Gadek G. Saminathan, 35, dan ahli DAP, V. Suresh Kumar, 44.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here