Parti politik baharu ‘Bersama’ dilancarkan

Shah Alam, Jun-
Sebuah parti politik baharu dikenali sebagai Bersatu Sasa Malaysia (Bersama) dilancarkan secara rasmi dengan ahli perniagaan Danial Marnokaran Abdullah dinamakan sebagai presiden.

Dalam majlis perlancarannya, Danial berkata parti itu ditubuhkan ‘untuk mencabar status quo politik elit di negara ini’.

“Hari ini, kalau nak ceburi politik akan ditanya mengenai latar belakang, satu soalan akan ditujukan, siapa kamu, dan siapa dibelakang kamu. Hanya mereka yang memiliki pengaruh tertentu diterima,” katanya dalam ucapannya.

“Dalam Bersama, kami memberi inspirasi untuk menyediakan platform kepada sesiapa yang mahu berkhidmat kepada rakyat. Tiada lagi politik yang diwarisi.”Pada Jumaat lalu, FMT melaporkan satu parti pelbagai bangsa disokong oleh kumpulan profesional muda akan diperkenalkan bagi memberi ‘suara yang lebih segar’ kepada rakyat Malaysia.

Ketika ditanya, adakah Bersama akan menyertai mana-mana gabungan politik, Danial berkata, ketika ini perikatan seperti itu bukan keutamaan parti.

Sebaliknya, katanya, Bersama mahu menjadi ‘kuasa ketiga’ yang memberikan semak dan imbang dan pada masa yang sama menyuarakan kebimbangan rakyat.

Mengakui kekurangan sokongan kewangan, Danial berkata Bersama adalah ‘dari rakyat untuk rakyat’ dan ia berhasrat bergantung pada model pendanaan awam untuk menyokong parti.

Danial juga berkata parti itu juga menyasarkan untuk menyertai pilihan raya umum akan datang.

Tambahnya, dokumen berkaitan kepimpinan parti dan perlembagaan sudah dihantar ke Jabatan Pendaftar Pertubuhan dan sedang menunggu kelulusan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here