Bayi Pokok Pisang

SIBU –

Seorang petani yang hendak membuang sampah terperanjat besar apabila menemui seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat, ditinggalkan berhampiran sebatang pokok pisang, di Sibu Jaya di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata bayi yang ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi semalam ditinggalkan tanpa pakaian itu masih belum dapat dipastikan bangsanya.

Beliau berkata semasa hendak membuang sampah, tiba-tiba petani itu terdengar suara tangisan bayi, dan selepas mememeriksa sekeliling, dia kemudiannya menemui bayi berkenaan.

“Pengadu kemudiannya membawa bayi itu ke rumahnya untuk dimandikan terlebih dahulu, sebelum membawanya ke Balai Polis Sibu Jaya untuk membuat laporan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Stanley berkata bayi itu dibawa ke Hospital Sibu dengan ambulans untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here