KualaTerengganu, Jun-
Sebanyak 75,000 telur gred A, B dan C di sebuah kedai borong di Chabang Tiga, di sini, habis terjual dalam masa tiga jam selepas premis berkenaan diserbu pelanggan.
Tinjauan mendapati orang ramai mula beratur seawal jam 7 pagi walaupun premis berkenaan memulakan operasi kira-kira 30 minit kemudian.
Pengurus syarikat borong itu, Nursyzanil Adha Ramli, berkata, sebanyak 2,700 papan telur pelbagai gred diterima hari ini dengan 2,500 papan telur gred A, B dan C habis terjual dalam masa tiga jam dan kini hanya berbaki 200 papan telur premium dan telur ayam kampung.
Katanya, pihaknya tidak meletakkan had pembelian kepada pembeli menyebabkan telur gred A, B dan C terjual dengan cepat.