Hasil Melakar Sejarah Menerusi Perasmian “Menara Hasil Pulau Pinang“

Pulau Pinang, July-
“Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) sekali lagi melakar sejarah dengan berlangsungnya Majlis Perasmian Menara HASiL Pulau Pinang yang baharu. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri. Dato’ Seri Anwar Ibrahim,

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang,  Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, . Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan merangkap Pengerusi Anggota Lembaga LHDNM,Encik John Patrick Antonysamy,

Anggota Lembaga LHDNM, YBhg. Datuk Petrus Gimbad, Anggota Lembaga LHDNM serta barisan pengurusan kanan HASiL Mengimbas kembali sejarah awal penubuhannya, HASiL Pulau Pinang (dahulunya dikenali sebagai Cawangan Pulau Pinang) telah ditubuhkan pada tahun 1949 dan merupakan antara cawangan terawal yang dibuka di Tanah Melayu.

Sebelum tertubuhnya bangunan baharu ini, HASiL Pulau Pinang pernah beroperasi di beberapa lokasi dan yang paling lama ialah di Bangunan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang iaitu selama 40 tahun. Tanggal 20 November 2023 merupakan satu detik bersejarah apabila IJM Construction Sdn Bhd secara rasminya menyerahkan bangunan yang telah siap dibina kepada HASiL Pulau Pinang yang telah beroperasi sepenuhnya pada 18 Disember 2023.

Perdana Menteri dalam ucapan perasmiannya berkata, reformasi percukaian yang progresif dan tidak membebankan merupakan kunci kepada kejayaan Ekonomi MADANI yang dirangka untuk mencapai matlamat pengembangan sumber hasil negara dan memperkasa penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Menurut beliau, kunci kejayaan HASiL terletak kepada keikhlasan untuk memelihara tatakelola yang baik dan bersifat adil semasa menjalankan tugas.““Sementara itu, dalam ucapan. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin,

Ketua Pegawai Eksekutif HASiL memaklumkan pembinaan Menara HASiL Pulau Pinang yang baharu ini adalah lambang kejayaan dan kemegahan HASiL di Pulau Mutiara yang akan menjadi hub atau one stop centre bagi memudahkan urusan percukaian masyarakat setempat. Tambahan lagi, pembinaan bangunan 20 tingkat yang berkonsepkan moden ini telah memperoleh markah penilaian sebanyak 86% daripada Construction Research Institute of Malaysia (CREAM), CIDB QLASSIC sekali gus menjadikannya markah penarafan yang tertinggi di Pulau Pinang.

Untuk rekod, prestasi pencapaian kutipan cukai pejabat HASiL Pulau Pinang sehingga 31 Mei 2024 ialah sebanyak RM 3.542 bilion menjadikannya pencapaian yang positif berbanding dengan sasaran kutipan yang ditetapkan untuk negeri Pulau Pinang bagi tempoh yang sama. Semoga kemajuan dan pembangunan ekonomi di negeri Pulau Pinang dapat membantu HASiL untuk terus cemerlang seiring dengan hasrat Kerajaan MADANI dalam memakmurkan negara dan mensejahterakan rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here