Kenaikkan harga Peniaga ayam diberi notis

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan mengeluarkan 53 notis keperluan untuk memberi penjelasan kepada peniaga di negeri ini kerana dikesan menaikkan harga ayam.

Pengarah KPDNHEP negeri, Adnan Abd Rahman berkata,

daripada jumlah itu, 45 ialah Notis Pengesahan Maklumat manakala lapan lagi Notis Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 membabitkan tiga peladang, lima pembekal atau pemborong dan 37 peruncit.

Katanya, KPDNHEP negeri turut menerima sembilan aduan daripada orang awam berhubung perkara sama dan mengesan kenaikan itu bermula ketika pembukaan operasi kedai makan pada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak 4 Mei lalu.

“Susulan trend itu, kami memantau harga ayam dan mendapati ada peniaga yang cuba mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan mentah tersebut sehingga tiga kali ganda.

“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), permintaan ayam menurun dan harga jualan serendah RM3 sekilogram tetapi apabila PKPB, permintaan meningkat seterusnya harga pun mahal mencecah lebih RM8 sekilogram,” katanya pada sidang akhbar selepas Pemantauan Sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2020 di Aeon Mall di sini hari ini.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here