Nibong Tebal, Julai-
Kementerian Pendidikan (KPM) komited untuk meneruskan projek pembinaan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Sungai Bakap di sini yang telah lama tertangguh, demi kebaikan komuniti itu.
Menteri berkenaan, Fadhlina Sidek berkata, projek itu dalam proses untuk diangkat semula termasuk mengemas kini kertas-kertas dokumentasi di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
“Kita tahu sekolah ini telah tertangguh begitu lama jadi banyak proses yang harus diselesaikan termasuk isu tanah dan hutang tetapi kita memang mengambil tanggungjawab sepenuhnya (untuk menyiapkan pembinaan),” kata beliau ketika ditemui Bernama pada Program Sembang Durian YBs berhampiran Balai Polis Sungai Bakap, di sini pada Khamis.
Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.





















