9 pusat undi mula dibuka jam 8 pagi

Nibong Tebal, Julai-
Sebanyak sembilan pusat pengundian membabitkan 65 tempat mengundi atau saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dibuka serentak pada 8 pagi ini.

Pusat pengundian tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Boon Beng, SMK Bandar Tasek Mutiara, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tasek, SK Sungai Duri, SMK Tun Syed Sheh Barakbah, SK Sungai Bakap, SK Jawi dan SK Sungai Kechil.

Semua pusat mengundi berkenaan akan ditutup pada jam 6 petang ini, sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi, di sini.Tinjauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Duri, di sini mendapati pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) kawasan itu terutamanya warga emas antara yang terawal hadir untuk membuang undi.

Ketika ini, keadaan cuaca baik meskipun Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan pagi ini, sekali gus memudahkan pergerakan pengundi

Proses pengundian hari ini membabitkan 39,151 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.

Pada PRK kali ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menugaskan seramai 552 petugas, sementara 800 pegawai dan anggota polis akan bertugas mengawal keselamatan dan menjaga ketenteraman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here