Menteri, agensi guna jentera kerajaan berkempen pilihan raya berdepan tindakan disiplin

Kuala Lumpur, Julai-
Tindakan disiplin akan diambil sekiranya terdapat bukti menteri atau agensi kerajaan menggunakan jentera kerajaan ketika kempen pilihan raya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, Jemaah Menteri sudah memutuskan sebarang penggunaan jentera kerajaan dalam kempen pilihan raya khususnya selepas hari penamaan calon adalah tidak dibenarkan sama sekali.

“Sebaik selesai hari penamaan calon, menteri atau timbalan menteri atau mana-mana agensi tidak dibenarkan sama sekali untuk menggunakan jentera kerajaan dalam kempen. Kalau sebelumnya soal lain. Kalau ada bukti yang disampaikan tentunya kita akan ambil tindakan wajar.

“Saya tidak berdolak dolak sama ada sebelah sini (kerajaan) atau sana (pembangkang). Jika ada menteri atau agensi kerajaan gunakan jentera kerajaan semasa kempen, ia sudah melanggar komitmen Jemaah Menteri dan tindakan disiplin mesti diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, prinsip ini harus dipegang bagi mengelak budaya rasuah dalam kalangan pemimpin politik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here